KO-KURIKULUM

          Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup warga At-Taj Academy dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dalam pelbagai organisasi. Penyediaan aktiviti kokurikulum kepada pelajar At-Taj Academy adalah bertujuan membentuk pelajar muslim yang bukan sahaja mendalami ilmu agama bahkan mampu memperkembangkan potensi diri ke arah insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.