PEMBELAJARAN DI AT-TAJ

At-Taj memupuk pembelajaran yang berasaskan sistem intergrasi di antara akademik 30% dan tahfiz diniah 70%. Berbekalkan jadual pembelajaran yang seimbang dan efektif, serta tenaga pengajar yang fokus pada setiap pelajar, kami berjaya untuk mencapai target dan sasaran kami pada anak-anak. At-Taj juga memupuk teknik pembelajaran kemahiran diri yang tinggi iaitu kami memastikan anak-anak dibiasakan dari segala aspek kemahiran diri seperti aspek kebersihan, mereka akan melakukan tugasan sendiri seperi menyapu , mengemop, membuang sampah, giliran basuh baju dan lain-lain lagi. Disamping itu juga anak-anak didedahkan juga dengan menjadi imam, bilal, memimpin majlis agama seperti yasin, mathurat dan bacaan surah pilihan. Ini adalah untuk memastikan anak-anak bersedia untuk menghadapi realiti hidup bermasyarakat diluar sana.

Untuk pembelajaran tahfiz, pelajar wajib untuk menghantar hafazan (tasmik) sekurang-kurangnya satu muka sehari dan jumlah hafazan mereka haruslah meningkat dari masa ke semasa. Ulangan hafazan juga diketatkan untuk memastikan pelajar tidak mudah lupa ayat yang telah mereka hafal. Selepas mereka tamat menghafaz 30 juzuk, mereka akan melalui proses ulangan syahadah. Anak-anak juga dibekalkan dengan pembelajaran diniah bersumberkan kitab-kitab yang bernas mengikut hukum syarak.

Akademik pula mereka akan diajar oleh guru-guru akademik yang berpengalaman dengan teknik pembelajaran dan pengajaran mengikut silibus selaras seperti yang ditetapkan oleh KPM. 

"AT-TAJ sedaya upaya memastikan anak-anak menghabiskan hafazan mereka secepat mungkin untuk memberi tumpuan kepada SPM"

Mudir At-taj

Subjek yang ditawarkan:

Tingkatan 1

  • Tahfiz       : Minimum 8 juzuk /  hadith 40
  • Akademik : Math –  Sains – Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Sejarah
  • Diniah    : Tajwid – Sirah – Akhlak – Hadith – Tafsir – Bahasa Arab

Tingkatan 2

  • Tahfiz       : Minimum 10 juzuk /  hadith 40
  • Akademik : Math –  Sains – Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Sejarah
  • Diniah    : Tajwid – Sirah – Akhlak – Hadith – Tafsir – Bahasa Arab

Tingkatan 3

  • Tahfiz       : Minimum 10 juzuk /  hadith 40
  • Akademik : Math –  Sains – Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Sejarah
  • Diniah    : Tajwid – Sirah – Akhlak – Hadith – Tafsir – Bahasa Arab

Tingkatan 4

  • Tahfiz       : Minimum 2 juzuk /  Syahadah 30 juzuk
  • Akademik : Math –  Sains – Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Bahasa Arab Tinggi – Sejarah – PQS – PSI – Tasawur
  • Diniah    : Tajwid – Sirah – Akhlak – Hadith – Tafsir

Tingkatan 5

                             >>FOKUS SPM <<

  • Tahfiz       : Murajaah Hafazan
  • Akademik : Math –  Sains – Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu – Bahasa Arab Tinggi – Sejarah – PQS – PSI – Tasawur
  • Diniah    : Tajwid – Asas Ilmu Qiraat (Matan Syatibi)

MODUL PEMBELAJARAN ATTAJ

** Modul ini tertakhluk pada tingkatan kemasukan pelajar. Sekiranya pelajar yang masuk lambat dari tingkatan sepatutnya, kami akan cuba sedaya udaya untuk memastikan mereka sesuai dengan sukatan yang ditetapkan. Kepada pelajar yang belum selesai hafazan pada tingkatan 4, mereka wajib untuk menghantar hafazan pada tingkatan 5 dan kelas murajaah (ulangan) bagi yang telah selesai.