PELUANG INFAQ/WAQAF PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AT-TAJ ACADEMY

🍁 Sayyiduna Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Setiap hari pada waktu pagi, dua orang malaikat akan turun dari langit. Seorang malaikat mendoakan, “Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang menginfaqkan hartanya.” Malaikat yang kedua pula berdoa, “Ya Allah, musnahkanlah harta orang yang tidak menginfaqkan hartanya.” |Muttafaqun Alaih|

🍁 Sayyiduna Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, “Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya |Muslim|

🔸Apa maksud sedekah jariah?
☑ Menyedekahkan sesuatu perkara yang manfaatnya kekal berterusan

🔸Contoh sedekah jariah?
☑ Membina masjid
☑ Membina & mewaqafkan bangunan yang digunakan untuk kerja-kerja agama, pergerakan Islam dan institusi pendidikan Islam
☑ Menggali perigi dll

🔸Apa maksud ilmu yang disebarkan?
☑ Ilmu agama yang orang ramai berterusan mendapat manfaat daripadanya

🔸Contoh ilmu bermanfaat yang disebarkan?
☑ Memberi derma untuk madrasah untuk pembangunan fasiliti madrasah, meringankan perbelanjaan utiliti (bil api, air, kos makan pelajar)
☑ Mengarang mana-mana buku agama
☑ Mewaqafkan kitab untuk kegunaan pelajar madrasah
☑ Menanggung perbelanjaan mana-mana penuntut ilmu agama